Tuesday, August 23, 2011

Syawal hampir tiba..

 Pelita dah terpacak keliling rumah..keliling rumah? ada 5 batang je..kikikikik~
tp dah masuk air hujan.. lupa simpan

 bunga api dah main.. xbih pun sekotak.. catu!

 hati x sabar nak balik dah..separuh jiwa dah berada di kampung..mai opih krn terpaksa..ekekeke
♫ duhai bonda.. duhai ayahanda.. ♫

sejak seminggu lepas dah kemas umah sikit-sikit..nak tinggal seminggu la katakan.. 

tp kain baju blom blh kemas.. almaklum sj kain baju cukup² utk seminggu .. kalu masuk bag skrg, esok bogel pulok blake.. ekekekeek~

26hb sebelum subuh kami akan bertolak balik ke kota bharu, kelantan! --> wajib
kalau ternampak/terselisih bahu kat mana² hentian/petronas tegur² la ye..

kete BMW dah diservice.. abih RM550 

dah sampai kampung nanti, aktiviti sopim-menyopim yang tergendala akan diteruskan disini.. byk lg xbeli walau pitis bonus dah abis dikerjakan.. heran sungguh

 Sempena aidilfitri ni, saya mohon ampun dan maap kpd semua rakan taulan yang jauh juga yg dekat, jiran tetangga,  dan semua ²lah yang mengenali saya sekeluarga..maafkanlah atas semua perkara yang tak baik yang tercetus oleh saya, suami saya & anak-anak saya samada dgn sengaja atau tidak sengaja.  halalkan makan minum yang pernah dihulurkan kpd kami.. semoga kalian beroleh keberkatan atas kemurahan  tersebut..sesungguhnya yang baik itu dtgnye dari Allah swt, yg tidak baik itu dtgnye dr kami sendiri.. yang buruk² dan sengketa lupakanlah..sama-sama kita jalinkan ukhwah yang lebih mesra agar kita semua lebih berpadu..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN









p/s: walaupun kami x buat open house, jemputlah dtg beraya di rumah kami kat Putrajaya

Friday, August 19, 2011

Ikan Keli Bakar


Selain sedap, ia menJIMATkan masa, tenaga dan kos.. hehehehe~


Biskut Jejari Oat


Baru 1 minggu berpuasa, 'gelenyar' nok wak sekut...

 sebelum bakar

 selepas bakar.. sejukkan ia seketika

 golek-golek ia dlm susu tepung..

sekian tayangan dr Chef Eryna



Ayam Goreng Rangup


Kalau jemu dgn ayam goreng biasa atau ayam masak merah atau ayam bakar, mari cuba buat ayam goreng oat ni.. kalau anak-anak dara yang baru berjinak ke dapur and takut nak menggoreng ayam atas alasan cedera tepercik minyak panas, boleh la wat ayam goreng aot ni.. sure selamat.. 


6-8 ketul ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk kari ayam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur
sedikit tepung gandum
oat segera secukupnya

  1. Lumurkan ayam dengan garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan lada hitam
  2. Pecahkan sebiji telur dan gaul rata. Tika ni campuran jadi berair.
  3. Taburkan gandum sedikit dan gaul rata. ulangi sehingga campuran tidak lagi berair.
  4. Panaskan minyak 
  5. Dalam piring, letakkan aot segera. ambil 1 ketul ayam dan golek²kan dalam oat
  6. Goreng hingga keperangan. Api jgn terlalu besar ye..takut isi ayam xsempat masak sepenuhnya.


Selamat mencuba!!


Makan colek nenas


Selepas berbuka, siap solat maghrib.. sambung makan colek nenas.. malam sblm² tu mkn colek jambu batu..rojak petis..tp x snap pic.. malas nak amik kamera kat tingkat atas.. perut dah kenyang kan..mana 'lalu' nak gerak banyak² kali.. heheheh~ 




esok lusa beli kerang pulak.. 


Thursday, August 18, 2011

Happy Birthday Eryna!

Bila 19 Ogos.. 
Terkenanglah kembali detik-detik melahirkan puteri comel ni.. sama aje dia dgn si abang.. payah nak keluar.. tp alhamdulillah selepas 7-8jam duk tahan sakit bagai nak putus nyawa sambil dipantau doktor muda lagi handsome keluar juga dia akhirnye disambut bidan dan jururawat yang baik belaka budi bahasa dgn berat lebih kurang 3.5kg.. (tiba-tiba ummi x ingat...huhuhu) bulat macam bola sebaik kuar hingga menjadi perhatian semua yang ada disitu..dgn lendir² melekat lg terus menyusu badan..alhamdulillah..susu badan ada mengalir walau tak sebanyak mana.. 

::seminggu selepas kelahiran::







 ::setahun selepas kelahiran::

::kek besday tahun lepas::

::ni pic mlm tadi.. beginilah raut wajah eryna tika berusia 2 tahun::


Harap Eryna sentiasa sihat ceria dan makin bijak dalam semua perkara..



Masa besday abang aniq yg ke-2, ummi & papa hadiahkan basikal.. harap dpt buat begitu juga untuk eryna.. insyaAllah, akan diikhtiarkan..