Wednesday, May 14, 2014

Snowy Cheese Cake



Tadaaa... pertama kali buat snowy cheese cake.. walaupun kek span jadi bantat selepas dikuarkan dari oven, namun masih boleh dimakan.. bila potong mcm kek moist pulak.. rasanya, mixer cap ayam tu kena tukar lain kot br bleh wat kek span yang cantik.. 



mixer ni 2-3 thn lepas lg masuk wish list tp terkubur gitu je..
bakpe la mahal sangat mu nih? 




Hari Ibu

Tak pernah sambut hari ibu. Tapi sejak anak² masuk tadika, ada la kad hari ibu DIY.. walaupun tau cikgu² yang buatkan, tp tetap rasa terharu..huhuhu~



Hari Sukan Tadika Bondamama


Tarikh : 10 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Komuniti, Presint 15

 kemurungan kerana semua bff masuk rumah sukan kaler lain

 mujur ada sorang jejaka menemani




Masuk 3 games.. kalah menang semua dpt medal


Bila Weekend Menjelma


Sejak masing² dah ada swimming suit, aktiviti hari cuti berenang ajelah... kolam ni terletak di Pusat Kejiranan Presint 11.. parent yg duk jaga anak tepi kolam akan mengagumi keberanian Eryna menyelam... hahahaha~ menonjol sgt beraninya..xpadan ngan kecik.. thn depan masuk kelas berenang kot aniq eryna tu..tgk bajet cemana...akan dipertimbangkan..

Untuk makluman, nak masuk kena bayar:

Kolam kecik =RM1
Kolam besar =RM2

Berenang malam² pun best jg... suasana kolam agak cantik jg..




Dobi Layan Diri


Beberapa minggu lepas buat pertama kalinya I ke dobi layan diri.. nak basuh toto.. mesin basuh kat umah 7kg aje..xmuat masuk toto..

Dobi layan diri P15 (berhadapan Mydin)

Memula basuh aje RM4.. masa membasuh lebih kurang 30min..*lupa pulak*.. sabun basuh bawak dr rumah ye..
Time ni lamanya x terasa sbb kami laki bini gi sopim barang dapur skit kat Mydin depan tu.. 

Lepas basuh, tukar pulak mesin ke mesin pengering.. RM3 pulak.. kena masuk duit syiling je.. kalau xde duit syiling, kedai makan mamak Haji Tapah sebelah kedai dobi ada menyediakan perkhidmatan tukar duit syiling... masa utk mengering toto 45min lebi kurang... ayo.. milo ais habis sebungkus xsiap2 lg.. I xsuka la tunggu² camtu... buang masa rasa... dah tgh hari, nak blk masak pulak.. ishk..xleh jadi nih... huhuhu~ next time biar Mr Hubby jelah gi soram² mendobi toto situ... lainlah kalau si dia offer makan tgh hari kat kedai ikan bakar lepas tu kan...kan kan.. ihik ihik~

Kesimpulannya, toto yg dibasuh disitu xdelah bersih sgt pun... 

Sekian.



H2O Steamer Cleaner X5 Green


Masa berparty di rumah Mummy Hannah beberapa bulan lalu, dia mendemo steam mop ni.. wah!! I teruja..terpengaruh..kena masuk list nih.. apa saja housekeeping technology yg membantu diri ini harus diusahakan segera.. tambah² ketiga-tiga buah hati itu sering diserang virus itu ini.. zaman kini virus mcm² kan..dan rumah mewah kuarters Kerajaan tersebut amatlah tidak kuasa diri ni mengclearkannya dalam masa 1 hari.. huhuhu~

order di website ni:
 www.lazada.com.my
COD sebab xberani nak bayar online..kikiki~
RM139.00 promosi time tu..


I suka produk ni.. bakpe? kerana .... hehhhee~
opkos la kerana kerja-kerja mengemop menjadi lebih ringan berbanding sblm ni.. guna steam mop ni perasaan yakin bersih tu lebih la skit... lantai cepat kering.. Anytime mengemop.. selang sehari mengemop.. cewah! statement mcm pembersih la sgt... mak-mak ni gitulah perasaannya..malas cemana pun bukannya buleh bermalas sangat.. ye x?

Tapi kan, I xtau mana nak cari kain mop tu bila yg asal dah uzur sangat.. ha...
u ols tau? habaq mai la...






Sunday, May 4, 2014

SEMOGA LEBIH KUAT, TENANG, SABAR,...


Doa yang biasa dipanjatkan selepas solat termasuklah mohon diberi kekuatan utk menyempurnakan tanggung jawab sebagai ibu kepada deretan anak (baru 3..hikhikh) yang telah dikurniakan sbg pelengkap perkahwinan.. pelengkap buat seorang wanita sejati..

Anak-anak itu adalah utusan dariNya utk mengabulkan doa tersebut...

Anak-anak itu dgn peelnya yang pelbagai, adalah ujian ketahanan fizikal dan emosi..

Semoga mereka tergolong dalam pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang berjaya di akhirat kelak..InsyaAllah~