Pagi semalam, cuaca sangatlah baik..sungguh indah lagi nyaman gitu..
dengan semangat yang berkobar-kobar, beta jogging pusing seround dua kawasan taman perumahan istana beta.. kata pakar motivasi, senyum pun satu senaman, maka sambil lari-lari anak kecil beta senyum sumbing kambing manis dengan harapan sampai umah nanti muka berseri-seri dan kelihatan awet muda..
Tapi malangnya, dipertengahan jalan, dekat simpang tiga depan nung beta ternampak byk ulat bulu tergedik-gedik merayap laju.. berlumba-lumba cari rezeki agaknye.. beta takut bebenar dgn makhluk itu.. apalagi, dengan muka kecut beta pecut sampai simpang masuk umah istana..muka beta yang putih pink koko bertukar jadi putih krim... takutnye beta..berdiri bulu roma! beta lari pecut setelah hampir 4 tahun xpernah jogging dan menyertai apa2 aktiviti sukan..
akibatnya, seluruh kaki beta sakit2 dan sengal2..
Beta harap beta dpt berjoging tiap minggu.. sekali seminggu pun xpelah.. daripada x buat langsung kan.. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment