3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak dan tidur secukupnya.
4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.
Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri korang takde dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang nak pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan untuk isteri..
No comments:
Post a Comment