Tuesday, December 20, 2011

Runsing...

Hari ni pegi check up.. kandungan baru masuk 18 minggu.. bila check denyutan jantung, nurse cakap bunyinya lemah.. mungkin sebab ia kecik lagi..mungkin... tapi sy rasa kurang sedap hati sangat sebab seminggu dua ni sy perasan sy sendiri sgt lemah.. letih memanjang.. sesak nafas.. terkadang dada rasa bagai dihimpit-himpit..nak kata x cukup makan, berat naik baeeek punya.. tido pun cukup rasanya.. sehingga byk keje rumah tergendala sebab nak tido awal.. dari semalam hati x keruan.. ntah nape.. apa perlu sy buat..?

Thursday, December 8, 2011

Seminar Karisma Pembantu Tadbir


5-6 Disember 2011 I pegi Seminar Karisma Pembantu Tadbir: Membina Karisma, Memacu Organisasi yang dianjurkan oleh Positive Event Solutions bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Lebih 300 peserta join this seminar.. ramai!

Alhamdulillah, jadual sepanjang seminar berlangsung xlah padat sgt..jadi, tidaklah ia membebankan tubuh badan ibu mengandung macam I.. xperlu berkejar-kejar.. tergesa-gesa sana-sini menghambat masa.. 

kami berdua je wakil KKLW


Penceramahnya semua best.. x mengantuk walau cuma mendengar di setiap sesi.. kalau mengantuk tu sebab makan banyak..ekekeke~ daripada 4 penceramah, cuma 1 je yang agak 'kurang menyengat'.. beliau ialah penceramah yang sgt glamer.. kemunculan beliau paling dinantikan.. kalau pertama kali dengar ceramah beliau, mungkin i turut terpesona dengan cara penyampaiannya.. tp, bila masuk kali kedua dan kebetulan modal yang disampaikan pernah didengar dalam ceramah lain sebelum ini jadi ia membuatkan i mengantuk..ayat² lucu yang diperkatakan xmampu buat I gelak macam orang lain..

bila mengantuk...
Makanan kat hotel? emmm.. entah memang x sedap atau kerana I mengandung.. tapi i ambik jelah selagi muat pinggan.. try jelah makan selagi boleh sumbat masuk.. antara yang disantap adalah seperti berikut:

Pecal.. tengok je pecal, I teringat soram budak opismate yang suka beli pecal kat pasar malam.. I try la makan,  manalah tau kot² kuah kacang setanding dengan kuah kacang mak I.. lagpun, I nak cuba makan sayur sebanyak mungkin demi baby yang dikandung.. emm..kuah kacang mak I ternyata lebih sedap dari itu.. 
Kambing golek.. disediakan masa lunch terakhir.. special la konon..  I rasa sikit.. emmm, xsedap rasanya.. lagi sedap masa jamuan raya opis kat MIECC dulu..

orang lain punya..

I punya.. xlapar pun tp makan juga..heheheh..boleh la kali ni.. kecuali sayur campur tu rasa ginseng sangat la..
Ibu farish farisya ni makan bayak la.. (paku dulang paku serpih I nih..hehehe)
sagu.. dimakan bersama santan dan gula merah.. 
kempen kurang gula kurang garam terpaksa diabaikan bila menginap di hotel 
Kek carror walnut.. aainaa buat lagi sedap.. 
Kambing Golek rebutan ramai.. kecuali I je yang rilek x ribut nak makan ia..

tulah gambar makanan yang ada.. nak ambik semua xmampu..malas nak pegang kamera kehulu kehilir..

Jom tinjau² bilik hotel.. dengar khabar 5 star..betul ke..?



mini bar..

Sofa empuk..ibu² menyusu blh mengepam susu dengan selesa sekali..
I berkenan tang tempat letak barang tepi tu...dan cermin yang memenuhi ruang situ.. kalau dah mampu bli rumah sendiri nak buat cenggini eteplah.. *berangan*


Iron disediakan.. iron yg berat tu... we ols x guna..

ikutkan hati I nak rembat bekas sugar/coffee tu.. hehehe~


I minum nesvita tiap malam sbb dalam bilik teramat sejuk walau dah off aircond.. 2 malam I x tido lena di hotel gara² suhu yang terlalu sejuk.. 

pemandangan waktu siang dr tingkap bilik 2405..
x cantik langsung..kah kah kah!!!


kala malam...
 
Nak tunjuk apa lagi ye...?
dah la.. letih dah..





Tuesday, November 29, 2011

Nasik Goreng Malas


Petang semalam sakit kepala denyut-denyut yang amat.. jadi, masak-memasak sekadar termampu ajelah.. nasib baik la big boss penulis yg x brape big sizenya tu x byk songeh bab makan.. bedal aje apa yang ada..sedap xsedap belakang kire.. heheheheh... mekaceh sayam... :)

Memula ingat nak suruh big boss masakkan megi tomyam je memandangkan cuaca mendung dan sedikit bergerimis ala-ala winter sonata.. tp, bila teringat malam tu ada drama Cinta Elysa, tiba-tiba penulis jadi sedikit bersemangat nak masak nasik goreng.. sedapnya makan nasik goreng panas² depan tibi.. begitulah imaginasi penulis mulanya.. tp, bila kul 9mlm tetiba ada siaran langsung perhimpunan UMNO, terus penulis jd hangin..nasik goreng panas berasap dah jadi xsedap.. marahnya penulis..sungguh x puas hati.. haish..tp, habis juga sepinggan akhirnya..  tiba time tido, penulis x dapat tido lena.. entah kerana kecewa atau kerana terlalu kenyang..ekekeeke~



Nak resepi ker? xpayahlah...ni bukan yg tersedap dlm dunia..



Monday, November 28, 2011

Tiba-tiba hilang malunya...


Pada suatu malam, si anak terunaku yang pemalu yang selama ini amat sukar untuk merakam gambarnya tiba-tiba hilang malunya.. tanpa segan silu beraksi depan kamera dgn memek muka yang macam-macam tp lenggok body kaku sekali.. bole la.. layan je...









inilah pertama kali mereka dua beradik dengan rela hati nak bergambar bersama-sama.. 



Rindu terubat..




Sejak melangkah keluar dari kolej pada pertengahan tahun 2004, inilah kali pertama i bersua muka semula dengan si mama malikha nih.. kira-kira 7 tahun lamanya x jumpa.. seronoknya la.. masa sampai tu rasa nak nangis je bila nampak kelibat zetty dari jauh yang tengah sibuk mundar-mandir keluar-masuk menguruskan majlis hari jadi anaknya, Nur Rabiya Malikha.. Zetty yg memang lawa sejak jaman gadisnya kini makin lawa lagi bergaya..dikurniakan pula anak perempuan yang comel lote lagi putih gebus.. i tumpang happy bila tengok  kawan-kawan semuanya happy dengan kehidupan masing².. 

Harap persahabatan antara kita lebih erat selepas ini.. :)





Tuesday, November 22, 2011

Sekali Ini Saja

Bersamamu ku lewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
namun bila waktu ku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ni saja

Bersama mu ku lewati
Lebih dari seribu malam
Bersama mu yang ku mahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasmu

Tuhan bila waktu dapat ku putar kembali
Sekali lagi untuk mencintanya
Namun bila waktu ku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini hidup untuk sekali ni saja

Jenjalan ke rumah mokcik ku



 buat ciskek utk majlis makan-makan sempena mokcik masuk rumah baru..

 buat apam polkadot sikit.. tiba² teringin nak buat.. bawak setupperware utk sepupu kecil .. ada org kata ini apam ultramen sebab hampir menyerupai muka ultramen.. apakah? 

 sepupu kecil - syakirah, 10bulan

 mokcik i buat laksam.. terbaek!!!

 satay pun ada...satay daging lembu korban..

 eryna tunjuk sikap positif terhadap adik.. semoga nanti bila adiknye dah keluar, jadilah dia kakak yg baik..




Monday, November 14, 2011

Kenapa wanita cepat tua =)

1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tetapi kaum ibu terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul. 

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan sombongnya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak dan tidur secukupnya.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.

Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri korang takde dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang nak pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan untuk isteri..




Thursday, October 27, 2011

Khasiat betik






Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.

Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang. 







Betik adalah salah satu buah-buahan yang mampu menghilangkan rasa tak selesa tiap kali  perut I rasa sebu, loya, sakit kepala dan lesu. Nasib baik mudah nak cari.. 



Wednesday, October 19, 2011

Keperluan kala ini..


Mende ni mahal sgt x? i nak suruh boiprend i beli.. x tahan la.. sejak kena virus evening sickness ni mandi petang lebih sejuuuuuuuuuuk bebanding mandi pagi.. 






Aniq


Before...










After...

itulah akibatnya kalau meraung separuh mati di kedai gunting rambut.. hahahahaha~



Eryna





Monday, October 17, 2011

Bila petang...


Selalunya peknen women alik pagi x sehat.. morning sickness gitu.. tp sebaliknye lak berlaku ke i.. kat opis normal.. sehat walafiat.. boleh kerja mcm biasa..mcm org x peknen pun iye gok.. bila petang je, otomatik jadi down.. mcm org putus cinta gitu.. no mood..hahahaha~

petang² sampai je kat umah body seram sejuk..longlai je.. terbaring je dpn tibi..kalau blh nak tido berselimut dgn comfeter sambil tungku panas di hujung kaki..pale denyut².. perut jadi sebu.. dah byk hari i x baca Qur'an lepas solat maghrib.. =(


drpd pemerhatian, kalau i makan fresh fruit tempatan like mango (water lily sgt sedap la weh!), watermelon, papaya.. baru i segar sikit.. boleh la menapak pegi taman mainan bawak si aniq & eryna main slide, buai, dll.. bole la dgn mesranye menyembang kosong with jiran tetangga yang dtg bertandang.. 

tapi kan buah² tempatan ni bukan bleh bli sekali byk utk stok seminggu.. dan rege pulak agak mahal... water lily manggo tu RM8/kg ( dptlah 3 butir - eryna soram je makan ni..sekali hadap..jgn x pecaye ye pakcik) tembikai sebiji RMbelas² (mujur bleh bli suku biji).. papaya paling kecik pun RM2.. 

Dapat gaji nanti kena asingkan siap² sejumlah RM utk beli buah² tempatan.. sumber tenaga kala 'kiok'..

bersinar-sinar mata i kalau nampak gerai buah