Friday, August 24, 2012

Aduhai Amsyar..


Raya ke-6..

Lebih kurang pukul 3.30 pagi ummi dengar suara amsyar..amsyar x nangis.. bunyi suara seperti mendengus..amsyar meliuk-meliuk badan seperti panas.. ummi buka bedung..tangan dan kaki amsyar lurus saja walau ummi buka bedung..tidak terkapai-kapai..suara mendengus tetap senada..tidak berubah..ummi panggil2 nama amsyar..amsyar tetap begitu.. lama.. kemudian ummi ke bilik air..ummi ambil breast pump kat dapur,ummi nak pump susu yang penuh..amsyar x nak menyusu..amsyar cuma mendengus dengan kaki dan tangan lurus tidak terkapai-kapai..ummi biarkan amsyar begitu sementara ummi pump susu..hingga amsyar diam tidak mendengus dan tido semula seperti biasa.. kemudian, amsyar batuk-batuk..tido amsyar x lena kerana batuk..seperti ada lendir tersekat yang susah untuk dikeluarkan.. banyak kali amsyar batuk..merah padam muka amsyar..seperti sakit perit dada dan tekak amsyar..ummi cuma mampu gosok-gosok dada dan belakang amsyar sehingga amsyar kelihatan lega..

Lebih kurang 5.30 pagi.. ummi dengar suara amsyar..amsyar batuk sekali dua ummi terus tiarapkan..belum sempat ummi gosok-gosok belakang amsyar, amyar dah kejang..kejang amsyar seluruh badan..kuat..amsyar x nangis..tiada kedengaran suara amsyar..tapi melihatnya diserang sawan kala tu, seperti nafas tersekat..ummi xtau nak buat apa selain gosok-gosok amsyar dan baca doa-doa serta selawat.. oksigen x sampai ke otak amsyar.. dengan segera ummi papa bawa amsyar ke hospital raja perempuan zainab II, kota bharu.. tok ma ikut sekali..

sampai di wad kecemasan, doc kata dia xleh nak buat apa selain bagi ubat sawan.. doc menyarankan kami sekeluarga segera balik ke putrajaya supaya amsyar boleh sambung makan ubat sawan yang pernah diberi oleh doktor pakar kanak-kanak hopital putrajaya.

3.00 petang.. ummi papa bawa amsyar berubat cara kampung di Bachok.. sebaik ummi melangkah keluar rumah, amsyar diserang 'sawan' sekali lagi.. beberapa minit diperlukan untuk memulihkan amsyar yang kejang..ummi xmampu nak buat apa-apa selain berdoa mengharap amsyar cepat pulih..

sampai rumah mak bidan/bomoh kampung tersebut, sekali lg amsyar diserang 'sawan'..terjadi sebaik saja mak bidan kampung serah amsyar kepada ummi selepas menjampi amsyar.. ummi lihat amsyar menderita dipangkuan ummi..diatas telapak tangan ummi.. sementara anak mak bidan menjampi amsyar.. kali ni amsyar menangis ketika diserang sawan.. rasanya pada ketika inilah serangan paling kuat yang ummi nampak..lepas amsyar ok (amsyar tido tiap kali diserang sawan), amsyar berak kemudiannya..dah 2-3hari amsyar x berak.. entahlah 'berak' bersabit ker tidak dengan gejala 'sawan' yang amsyar sdg tanggung.. ummi berandaian seperti bersabit..tapi bagaimana ye..?

Bila amsyar diserang sawan 3x sehari, dan serangan agak kuat berbanding dulu, mula la hati ummi tak keruan.. bagaimana ummi nak bekerja dgn baik? gundah x gundah hati ummi nak tinggalkan amsyar ke dlm jagaan orang lain hanya Tuhan yang tahu..