Friday, September 28, 2012

Amsyar 4 Bulan

Pada usia 4 bulan, sepatutnya Amsyar dah boleh pusing meniarap dan menelentang..

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. 



tapi, Amsyar belum menunjukkan tanda-tanda nak mengiring pun.. sekadar geliat-geliatkan badan ada la..
sejujurnya ummi agak panik dan takut..hari-hari ummi golek-golek Amsyar.. harap amsyar baik-baik saja..harapperkembangannya normal walau lambat sedikit.. insyaAllah..



Thursday, September 27, 2012

Sedihnye..


Berhadapan dengan pengasuh yg mudah panik..kemudian baby masuk wad, pada hari yang sama juga si kakak demam.. aduhai.. tubuh penat, hati sedih bercampur pasrah..mujur cuma 1 mlm menginap di hospital, kalau lama lagi lagi la x keruan hati ummi mengenangkan si anak..bagaimana yang disana?okaykah yang disini..? Harap result MRI amsyar hari tu normal..

Masuk keje setelah 3 hari cuti dikhabarkan pula dgn berita sedih.. terpana seketika kala mendengarnya.. rasanya hari ni xde mood dah nak buat keje.. entahlah bila tiba masanya nanti cemana keadaan..



Tuesday, September 18, 2012

Pamper my baby


Akhir² ni Amsyar asyik berak-berak..macam cirit.. hal ini mendatangkan kerugian terhadap penggunaan lampin pakai buang. Oleh itu, mari pakaikan dia lampin kain moden.. 


Lampin kain moden (cloth diaper = CD) ni ummi beli sejak abang aniq berusia 1 thn 1 bln..masa tu eryna 7 bulan dalam kandungan. memula diperkenalkan dgn CD ummi opkos la malas sgt nak guna sbb kena basuh..konon-konon xsempat la nak basuh..mana ada masa..I wanita berkerjaya..ewah..sombong giler time tu.. tp, bila termakan hasutan soram hamba Allah tu..baru tau rupa²nya ia xlah sesulit mana pom.. 

CD ada byk brand..ada byk harga..jadi, kena rajin² survey.. masa nak mulakan misi menjimatkan duit belanja lampin pakai buang, ummi & papa kongsi duit beli 7 keping CD brand coolababy.. beli online..tp ummi dah lupa web mana..huhuhu~ lepas tu beli sikit² tika² ada promosi kat blog² orang and laman FB.. setakat ni koleksi CD anak² ummi xlah byk mana. xsampai 30 keping pun. sebabnya anak² ummi pakai CD kat umah je.. dulu² pengasuh aniq & eryna xnak bagi kerjasama sgt.. xmengapalah, pakai CD dirumah saja pun dah dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 50% belanja lampin pakai buang.. kali ni ummi harap pengasuh Amsyar boleh terima kalau ummi bagi CD.. 


Eryna pakai CD spongebob.. masa ni umo brape bulan ntah.. 6-7 bulan kot..pagi ni Amsyar pakai CD ni la pegi umah "mama ain" dia.. kalau  pengasuhnya x komplen boleh la ummi hantar CD tiap hari.. galak la ummi nak membeli CD nanti.. heheheh.. 



kalau pengasuh amsyar x keberatan, ummi kena pi beli wet bag la selai dua..









Sunday, September 2, 2012

Sayang kamu..


Hari Rabu minggu lepas ummi buat keputusan drastik untuk kembali bekerja.. ummi rasa ummi perlu tukar cara untuk menguatkan hati sendiri demi anak-anak ummi.. ummi sangat risaukan amsyar..ummi terlalu memikirkan masa depan yang bakal dihadapi amsyar.. yang entah bagaimana..normalkah atau sebaliknya..? sehingga ummi sendiri jatuh sakit..sehingga ummi penjadi penakut.. ummi bukan ada amsyar sorang.. abang dan kakak juga sama macam amsyar..belum pandai berdikari..100% masih mengharap kasih ummi dan papa..

Ummi tak pasti betul atau tidak cara yang ummi pilih ni.. ummi cuba jalani kehidupan seperti biasa..seperti tiada masalah yang melanda.. ummi cuba layan amsyar seperti abang dan kakak..umpama amsyar tak pernah ditimpa sakit.. ummi tawakkal bila menghantar amsyar untuk dijaga auntie ain yang baru dikenali.. ummi dan papa kena kerja..perlu bekerja untuk menyara kita semua..abang dan kakak ke sekolah..amsyar tinggal dengan auntie ain.. ummi harap hari demi hari yang dilalui akan menabahkan hati ummi.. pada masa yang sama amsyar membesar dengan baik, kuat dan cerdas..segala sakit dan penyakit menjauh buat selamanya.. insyaAllah..


Ummi sayang anak-anak ummi.. walau senakal manapun.. walau apa jua keadaan sekalipun..