Tuesday, November 29, 2011

Nasik Goreng Malas


Petang semalam sakit kepala denyut-denyut yang amat.. jadi, masak-memasak sekadar termampu ajelah.. nasib baik la big boss penulis yg x brape big sizenya tu x byk songeh bab makan.. bedal aje apa yang ada..sedap xsedap belakang kire.. heheheheh... mekaceh sayam... :)

Memula ingat nak suruh big boss masakkan megi tomyam je memandangkan cuaca mendung dan sedikit bergerimis ala-ala winter sonata.. tp, bila teringat malam tu ada drama Cinta Elysa, tiba-tiba penulis jadi sedikit bersemangat nak masak nasik goreng.. sedapnya makan nasik goreng panas² depan tibi.. begitulah imaginasi penulis mulanya.. tp, bila kul 9mlm tetiba ada siaran langsung perhimpunan UMNO, terus penulis jd hangin..nasik goreng panas berasap dah jadi xsedap.. marahnya penulis..sungguh x puas hati.. haish..tp, habis juga sepinggan akhirnya..  tiba time tido, penulis x dapat tido lena.. entah kerana kecewa atau kerana terlalu kenyang..ekekeeke~



Nak resepi ker? xpayahlah...ni bukan yg tersedap dlm dunia..



Monday, November 28, 2011

Tiba-tiba hilang malunya...


Pada suatu malam, si anak terunaku yang pemalu yang selama ini amat sukar untuk merakam gambarnya tiba-tiba hilang malunya.. tanpa segan silu beraksi depan kamera dgn memek muka yang macam-macam tp lenggok body kaku sekali.. bole la.. layan je...









inilah pertama kali mereka dua beradik dengan rela hati nak bergambar bersama-sama.. 



Rindu terubat..




Sejak melangkah keluar dari kolej pada pertengahan tahun 2004, inilah kali pertama i bersua muka semula dengan si mama malikha nih.. kira-kira 7 tahun lamanya x jumpa.. seronoknya la.. masa sampai tu rasa nak nangis je bila nampak kelibat zetty dari jauh yang tengah sibuk mundar-mandir keluar-masuk menguruskan majlis hari jadi anaknya, Nur Rabiya Malikha.. Zetty yg memang lawa sejak jaman gadisnya kini makin lawa lagi bergaya..dikurniakan pula anak perempuan yang comel lote lagi putih gebus.. i tumpang happy bila tengok  kawan-kawan semuanya happy dengan kehidupan masing².. 

Harap persahabatan antara kita lebih erat selepas ini.. :)





Tuesday, November 22, 2011

Sekali Ini Saja

Bersamamu ku lewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
namun bila waktu ku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ni saja

Bersama mu ku lewati
Lebih dari seribu malam
Bersama mu yang ku mahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasmu

Tuhan bila waktu dapat ku putar kembali
Sekali lagi untuk mencintanya
Namun bila waktu ku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini hidup untuk sekali ni saja

Jenjalan ke rumah mokcik ku



 buat ciskek utk majlis makan-makan sempena mokcik masuk rumah baru..

 buat apam polkadot sikit.. tiba² teringin nak buat.. bawak setupperware utk sepupu kecil .. ada org kata ini apam ultramen sebab hampir menyerupai muka ultramen.. apakah? 

 sepupu kecil - syakirah, 10bulan

 mokcik i buat laksam.. terbaek!!!

 satay pun ada...satay daging lembu korban..

 eryna tunjuk sikap positif terhadap adik.. semoga nanti bila adiknye dah keluar, jadilah dia kakak yg baik..




Monday, November 14, 2011

Kenapa wanita cepat tua =)

1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tetapi kaum ibu terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab tak sempat nak hadam makanan betul-betul. 

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan sombongnya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul. Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak dan tidur secukupnya.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.

Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Kalau sehari je isteri korang takde dan korang perlu memikul tanggungjawab dia, nescaya hidup korang akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang nak pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan untuk isteri..