Monday, June 25, 2012

Perasaan ini...


Apa perasaan menjadi ibu? mestilah happy kan.. lengkap rasanya hidup..x sabar-sabar nak berdikari sbg ibu bapa.. tu saya bila anak sorang la... hikhikhik.. tp bila dah beranak tiga, tiba-tiba perasaan dah x lg begitu.. rasa agak gementar.. selalu saya tertanya-tanya akan boleh x boleh saya menjadi ibu yg baik kepada putera puteri yang cinonet depan mata ni terutamanya bila husband outstation.. mcm x boleh je sy nak sendirian menjaga mereka tanpa sang suami dan tanpa pembantu..

bila suami saya outstation, siapa sudi buat keje amal menemankan saya dan anak-anak?

Thursday, June 7, 2012

Duhai anak..


Mengandungkan mereka senang..
melahirkan mereka susah..
nak membesarkan dan mendidik mereka laaaaaaagi susah..

itulah ANIQ-ERYNA

huhuhuhu~


ku xsabar nak mengakhiri musim berpantang ni..budak-budak harus ke sekolah dengan segera..











Monday, June 4, 2012

Muhammad Amsyar Azhar







Inilah buah hati baru keluarga kami.. saya menamakannya Muhammad Amsyar Azhar bin Hamdi
Saya pilih 'amsyar' kerana maksudnya 'yang cergas' menarik perhatian saya.. kala baby dalam keadaan kurang sihat begini diharap panggilan 'amsyar' tu menjadi doa untuknya menjadi semakin sihat cergas dan cerdas hari demi hari.

Hari ni hari ke-8 baby Amsyar menginap di Wad 2 Hospital Raja Perempuan Zainab II. Sepanjang hari ni saya langsung tak dapat jenguk baby Amsyar sebab Abang Aniq demam. Kesian baby...kesian juga kat abang Aniq.. agak tak keruan hati ummi mengenangkan baby Amsyar dan melihatkan layunya abang Aniq depan mata.. papa pula dah start keje.. jauh dr kami..entah bila pula papa akan balik..


Oleh kerana saya x dapat katil di wad utk sentiasa bersama baby Amsyar, maka terpaksalah saya pump susu badan untuk pastikan baby Amsyar sentiasa merasai susu ibu.. tiap kali jenguk baby Amsyar, saya akan singgah di kaunter meletak perahan susu ibu di muka pintu wad nanti nurse akan beri ketika saya tiada disisi baby Amsyar mengikut waktu yang telah ditetapkan. kalau x silap saya 3jam sekali.. kalau baby Amsyar nangis bukan dalam waktu feeding yang ditetapkan, rasanya susu formula la yg diberi..

2x saya mendapatkan khidmat urut susu dari tukang urut kampung.. entah nape tiba saat melahirkan, susu badan kering pula.. padahal masa tengah mengandung bukan main lagi menitik..

Bila baby tiada disisi 24jam, merasalah saya cemana sakitnya bengkak susu.. mujur ada bawa balik tungku elektrik, sepanjang malam menuam.. 2hari la juga sakit bengkak susu..mujur bawa balik manual breastpump.. tp, bila dah lama-lama, pump elektrik la yg diharap utk membantu..saya x bawa balik electric pump..mana nak sangka jadi begini.. 

Harap baby Amsyar cepat bebas dari gejala 'kuning' dan 'jangkitan kuman' sepertimana yang dinyatakan doktor.. x sanggup dengar tangisan dia yang sayu tiap kali dicucuk.. lebam-lebam kaki tangannya.. moga kuatlah semangatnya..

Terima kasih kpd rakan-rakan yang telah turut sama mendoakan kesejahteraan ke atas baby Amsyar Azhar kami..