Monday, April 18, 2011

Garden Cupcakes

1 set Garden Cupcakes diorder oleh Ummi Mairah untuk meng-surprise-kan ayahnye Cik Mairah sempena besday yg ke-27.. bertuah Encik Adzwan kite.. 

 maaf.. aturan hentam kromok

 rumput iye..lalang pun iye..

meraung-raung eryna nak makan cupcakes ni.. padahal dah byk bijik dah dia ngap!
kalau kek yg dogol tu pun dia ngap ngap and ngap.. apatah lg yg colourfull gini ha..


Berminat nak order? :

1 set = 15pcs @RM40.00
(extra charge for extra bugs)

self pick up @ Presint 11, Putrajaya

sila kemukakan tempahan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal




Thursday, April 14, 2011

Untuk lelaki..




Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…




-----------------------------------------------------




Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.






 

Saturday, April 9, 2011

Pegi Bengkel..



 Wah.. semangat pegi bengkel anjuran Puspanita Kebangsaan..
Bengkel yg disediakan ialah bengkel mekap, pembuatan coklat, clay craft, urutan, gubahan hantaran dll..
memula ingatkan semua yg tersenarai tu leh blajar tp rupa2nya blh join slh satu je.. emmm.. cemana nak join semua kalau sekerat hari tu ceramah je..mana sempat.. 

kalau ikutkan minat, i akan pilih kelas clay craft tp oleh krn pagi tu i ralit di dapur masak lempeng, maka i dah lambat daftar.  my bff tlg daftarkan & tlg amikkan tiket masuk kelas mekap sama2 dia.. okey juga..leh blajar teknik2nye.. i pikir pozitip je.. dah terbayang2 cemana nanti nak cantikkan kening, nak pakai bulu mata palsu, nak mancungkan idom, nak begitu begini..eh eh eh.. *terasa hodoh benar diri ini* dengan harapan balik pas bengkel boypren i terbeliak bijik mata tengok kejelitaan waipnye yg terlindung selama ini.. 

 bajet ayu.. ahaks! *uweeekkkk*

 sudah 7 tahun kami seopis.. --> boring..boring.. ekekekeke..
sblm i dilarikan kekasih, sempat la 3 tahun kami serumah sebilik setilam sebantal..

 40 org menjoinkan diri dlm kelas mekap ni.. 

 Bengkel mekap ni pada pandangan i dah bukan bengkel lagi dah..tp lebih kepada peniaga/agen nak memeperkenalkan dan jual barangan kosmetik  "Mary Kay".. disamping nak menarik peserta2 bengkel jadik agen produk mary kay tu.. huhuhu.. 

 muka boring.. bila la nak mekap nih..? nak gelupas kulit muka i tau..pat limo kali asyik duk basuh bilas muka..

 budak yg berdiri kat blkg tu cekgu mekapnye.. dia wat demo pastu kite mekap sendiri..kecuali time nak pakai bedak.. stok bedak mary kay terhad.. kena catu.. *apakah?* lama benar menunggu turn utk dibedakkan..bila dah dpt, spt x pakai bedak je.. apalagi, amik bedak sendiri top up.. masa tu dah x brape manis dah muka sbb apa yg dia ajar terlalu basic.. memang itu caranya i mekap hari-hari nak pi kije.. tu jelah.. huh, membuang masa betol la..
  
eye shadow + blusher  mary kay.. 
best lg silky girl!


Sesampai dirumah, i terus masuh muka.. x bernapas kulit muka i pakai produk mary kay tu..


Monday, April 4, 2011

My Best Friend Wedding


Persandingan seorang bibik ku kawan baik yang sentiasa ada pada ketika ku memerlukan pertolongan.. aimi ni la yg sentiasa jadik peneman bila asben i ostesen ke luar negara negeri.. 4 tahun juga la i nyusahkan dia..hihihihi~ 

Lawa sungguh aimi dihari persandingan.. tp hp i yg kodi xmampu nak tonjolkan seri pengantin dgn lebih jelas.. jgn marah ye pengantin.. 

sblm meninggalkan majlis, ni je yg sempat...







SELAMAT PENGANTIN BARU AIMI & NIZAM
"semoga bahagia melayari bahtera perkahwinan yang dibina dan kekal bahagia hingga akhir hayat bersama anak-anak, cucu cicit..."





Mee Bandung Demuara




Nak cuba? klik sini --------> Demuara