Sunday, January 2, 2011

Rumah Kuarters


Kami 4 beranak masih berteduh dibawah bumbung yang sama iaitu rumah kerajaan.. dah setahun menginap dalam rumah ni.. tapi apa pun x terusik.. halaman masih begitu..kontang dan lapang..kadang kala angin bertiup seperti kita berada tepi pantai cuma ombaknye tiada..pokok bunga raya sedia ada yg bertindak sebagai pagar x besar2.. bunga cuma sekuntum dua aje yg kelihatan..atau langsung x kelihatan..huhuhu.. 2-3 bulan sekali atau bile perlu suami akan potong rumput..dah 2-3kali upah bangla sebab mesin rumput dah rosak..

begitu juga dalam rumah.. apa yang dibawa masuk dari rumah lama, itulah saja yang ada sehingga kini.. xde tambah apa-apa perabot.. dinding kosong.. cuma terdapat lukisan abstrak nukilan putera puteri tercinta.. yang dibeli cuma 2 set langsir utk dipasang pada sliding door..itupun sbb terpaksa.. itu sajalah seperkara yang dibeli.. 

Wah, byk simpanan kami laki bini..xde bli apa2..

Tahun ni..pada ketika kawan-kawan dengan rasa penuh bangga masuk rumah baru yang dibeli dengan titik peluh sendiri, mungkin kami berempat akan membeli cangkul dan mengeluarkan peluh sendiri bercucuk tanam apa yg patut agar rumah tumpangan tepi bukit tu kelihatan lebih indah daripada biasa..

Bila nak beli rumah?


InsyaAllah tak beli..



No comments:

Post a Comment