Sunday, November 16, 2014

BUTTER CAKE


Butter Cake atau nama melayunya kek mentega selalu sy buat akhir-akhir ni kerana si anak kecil Amcha suka makan ia.. memandangkan saya tidak mampu nak menjamu seluruh rakan taulan disekeliling , maka sy catitkan resepinya disini supaya semua yang teringin sehingga menitik liur tu boleh buat sendiri.. kek ni sedap dimakan sebaik keluar dari oven..secara psikologinya juga, anak-anak sangat suka makan kek yang dibuat oleh ibu mereka sendiri..kek biasa pun seperti luar biasa bagi mereka... secara tak langsung, mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.. boleh buat aktiviti membaking butter cake untuk pujuk anak dara yang merajuk juga ye puan-puan....


Bahan²:

250gm butter (if nak jimat guna margerin pun boleh-sy guna marjerin cap Bunga Mas)
180gm gula kastor
5 biji    telur gred A (sy pernah guna gred C, ok je)
1sdk    esen vanila
200gm gandum
2/3 sdb baking powder

Kaedahnya senang je..
  1. Mix sebati butter dgn gula kastor - agak² sehingga berkrim rupa parasnya
  2. Slow mixer -Masuk telur 1 by 1 dan esen vanila. lajukan semula mixer.
  3. Ayak gandum dgn baking powder. masuk sedikut demi sedikit dlm bowl mixer sehingga habes. putar sebati hingga diyakini adunan rata sekata/ringan.
  4. Gris loyang. Bakar guna suhu 175 darjah celsius selama 20-30 minit. (sy guna paper cup sbb level budak tadika suka cupcakes)
  5. Bila dah masak, kek lekang skit dr loyang/paper cup..bila dah sejuk, ia mengecut skit.
Selamat mencuba..





1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete