Sunday, May 4, 2014

SEMOGA LEBIH KUAT, TENANG, SABAR,...


Doa yang biasa dipanjatkan selepas solat termasuklah mohon diberi kekuatan utk menyempurnakan tanggung jawab sebagai ibu kepada deretan anak (baru 3..hikhikh) yang telah dikurniakan sbg pelengkap perkahwinan.. pelengkap buat seorang wanita sejati..

Anak-anak itu adalah utusan dariNya utk mengabulkan doa tersebut...

Anak-anak itu dgn peelnya yang pelbagai, adalah ujian ketahanan fizikal dan emosi..

Semoga mereka tergolong dalam pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang berjaya di akhirat kelak..InsyaAllah~


Thursday, April 24, 2014

SERBA TAK PUAS HATI


Tak lawa blog ni...

ada sape² sudi cantikkan?

hahahaha~


*sila beri tunjuk ajar*

Sunday, April 20, 2014

Belum Sempat...


Lamanya x menaip disini...

banyak perkara berlaku tp xsempat nak buat catatan  seperti dulu..






Sunday, February 16, 2014

Anniversary


Terkenang-kenang peristiwa 7thn yang lalu... sweetnyeee!

Tapi, hari ni xde sweet² sgt dah.. hahahaha!!!!


Wednesday, February 12, 2014

Swim Swim Suit


Taraaaa.. setiap sorang ada selai swimming suit.. selai dah la..bukan hari-hari nak berenang pun kan...


Harga :

Abang Aniq punya = RM20
Kakak Eryna = RM55
Adik Amcha = RM50

Eryna & Amcha tu sama je kualitinya tp oleh kerana beli di lain-lain kedai, lain-lainlah harganya.. rezeki org meniaga... kita yg membeli redho jelah.. huhuhuh~

kalau google, ada byk org jual swimming suit budak tu tp semua pakat reply xde stock.. deme jual online lg murah berbanding beli kat kedai.. kalau kat Aeon byk jg pilihan tp size amcha saja pun RM70 selai.. cari² design muslimah utk Eryna, semua RM105 ke atas.. mmm, kalau nak beli utk anak sorang xpelah kan.. grab je.. tp nak beli utk 3 anak dalam satu masa, berkira skitlah ummi dia.. 

sekarang putrajaya cuaca panas.. sesuai nak gi mandi kolam.. 



 amcha pun..bukan main dia.. suka benar dah berenang skrg..

tengok, anak ummi mandi kolam x berbaju.. hahahah~ buat muka x malu jelah...






Tuesday, February 11, 2014

Duhai anak




Mengandung - melahirkan - menjaga, melindungi, menyayangi, mendidik, melatih, mencukupi keperluan, memenuhi hasrat, menjawab setiap soalan kamu dan sebagainya  ummi cuba sempurnakan.. dlm usaha itu ada sabar.. dalam sabar itu ada titis peluh, jg ada titis-titis air mata... bukan senang membesarkan kamu.. mesti ada marah..mesti ada nasihat.. mesti ada mana-mana betis terhinggap rotan.. bukan ummi mendera..bukan ummi x sayang, tp sekadar utk menyedarkan kamu cuma... ummi x pandai jaga anak, tp ummi cuba sedaya upaya kerana kamu itu amanah... dalam pada berusaha ada perkara yang menghiris dijantung hati.. doa ummi, berjayalah kamu dunia akhirat..hanya kejayaan kamu penawar segala derita seorang ibu..



Sunday, January 19, 2014

Coba-coba...


kata org, budak sawan gayat..takut air.. blh lemas...
jadi, mari kita cuba selam amcha!!

Lokasi : kolam pusat kejiranan presint 9
Pakaian : bebas (sbb tu la kesitu..heheheh)

 kali pertama je takut²..pucat muka..

 lepas tu sonok main air..

 gumbira!!


 pelampung kecil beli di kedai 199.. murah²
nak beli 3 ketol kan..kedai itulah mak tuju dulu... ekekeek~

 mak tgk cari² swimming suit utk tiga beradik tu.. yg murah² susah bebor nak jupe.. peniaga online pun majoriti xdop stok.. kolam presint 11 kena pakai swiming suit.. blom penah masuk lg gara² xde swimming suit semata.. 




 abang n kakak yang terrrrrrrrlalu suka main air

 ramai sentiasa...

 amcha umpama baby..