Ummi & anak² berkenan benar dengan kerusi meja mammut kat IKEA tuh.. warna yang ceria..menarik perhatian abang aniq and kakak eryna..
angan-angan nak beli kaler pink utk kakak eryna.. kaler biru utk abang aniq
meja petak ni atau meja bulat beli 1 kaler hijau..kongsi je sbb ummi x sediakan bajet yg banyak..
Tapi, memandangkan papa x sudi bawak kite pegi IKEA walaupun puas ummi merayu berlagu pilu, maka hasrat tersebut terpaksa dilupakan.. ummi takut duit bonus tahun ni habis cenggitu je tanpa dpt dikesan kemana perginya.. huhuhuhu~ maka, ummi pun merayaplah ke kedai perabot Presint 15 kot-kot ada meja melajar kanak-kanak yang comel dan murah harganya.. biasanya kedai perabot blh tawar menawar.. harapan ummi nak bli 2 set sekaligus..
Alhamdulillah, masuk je kedai pertama terus jumpa.. walaupun designnya tidak 100% menepati citarasa ummi , tp harganya sgt menepati kemampuan.. hahaahahaha~ kanak-kanak berdua tu pun kelihatan excited bila ummi mintak pendapat mereka.. kena tanya juga...karang buatnya bersungguh ummi beli tapi depe xminat kan membazir namanya...
Harga asal RM160.00
selepas tawar menawar dapat rege RM120.00 seunit (meja+kerusi)
oleh yang demikian... opkos la ummi grab 2 unit.. hehehehe~
warna yang ada cuma biru-putih..xde warna dan design lain dah selain ini..
meja dan kerusi boleh dilaras ketinggiannya.. kalau masing² cermat sampai darjah 6 boleh study kat meja ni...blh waris ke adik-adik pulak lepas tu...
testing..testing...
mujur ada ruang tepi dinding yang boleh letak meja mengadap kiblat..
rajin-rajin belajar ye sayang.. nanti ummi-papa upgrade dinding tu.. tepek ABC-123 dan lain-lain perkara yang boleh mendorong kamu semua minat nak belajar kat situ..


