Wednesday, July 13, 2011

Apam Mekar




Bahan-bahan:


250ml air aiskrim soda

500gm gula halus

750gm tepung gandum

4bj telur

1tsp ovallete

mangkuk kertas/paper cup secukupnya (saya guna paper cup yg paling kecik) 


Cara buat:

  • Satukan semua bahan diatas di dalam mixer. pukul hingga kembang dengan kelajuan tinggi. --> kalau mixer cap ayam, sy x galakkan buat apam. terbakar mixer nanti.
  • bila adunan dah kembang, bahagikan kepada beberapa bahagian secara sama rata. 
  • warnakan tiap bahagian dgn warna yg berlainan. --> digalakkan cuma guna 3 warna (hijau, merah/pink & kuning/adunan yg x diwarnakan). tidak digalakkan guna kaler biru dan pepel sbb kalau guna kaler pepel terutamanya apam kelihatan x berseri bila masak. mawar pudar warna gitu..ekekeke~
  • sudukan ketiga-tiga warna ke dalam paper cup hingga 2/3 penuh.
  • kukus dgn api kuat/besar (guna periuk kukus letrik is better--> jimat gas) kalau api xkuat, apam xkan pecah-pecah.. xkan mekar..
  • masa kukus tu bergantung kpd besar mana paper cup yg digunakan..kalau guna paper cup kecik mcm sy tu, set masa 5min pun ok dah..
  • note: resepi apam mekar ni tidak sesuai utk dipersembahkan seperti apam polkadot yg sedang hangat dipasaran skrg.. tp, terpulanglah kpd masing2.. nak cuba apa salahnye..sy xlarang..



Selamat mencuba!




2 comments:

  1. bila ada kelapangan nanti sy buat utk kawam-kawam.insyaAllah..

    ReplyDelete