Monday, July 25, 2011

PUDING KARAMEL BERLAPIS


Ramai yang nak cuba buat puding gula hangus berlapis ni.. makanya wahai kak nor, izinkan sy panjangkan resepinya disini ye..


Bahan-bahan utk karamel:

2 sudu besar gula pasir 
4 sudu besar air panas 

  • Gunakan periuk dan api yg kecik saja utk hanguskan gula.. masukkan gula dan air panas sedikit demi sedikit.. rajin-rajin kacau sehingga gula jadi keperangan. Jangan over perang ye kawan-kawan.. pahit nanti..

  • Tuang cairan gula ke dlm loyang..pastikan loyang tu muat masuk dalam periuk kukus anda ye.. biarkan ia mengeras. ketepikan.. semut pun datang..

Note: saya guna bersudu-sudu gula.. 2 sudu xcukup! xmemenuhi loyang bulat 8". air panas pun sy buh setakat yg dirasakan sesuai dgn kuantiti gula digunakan.  xde sukatan yang tepat dapat dinyatakan disini..

Bahan-bahan untuk puding:

(A)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula pasir
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula pasir
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil nescafe + 1 sudu serbuk koko -> jadikan pes

  1. Campurkan semua bahan (A). kacau sebati dan tapiskan.
  2. Campurkan semua bahan (B). kacau sebati dan tapiskan.
  3. Didihkan air dlm periuk kukus. 
  4. Tuang separuh adunan A atas karamel.Kukus 5 minit.
  5. Tuang separuh adunan B atas adunan A yg dah dikukus tadi.Kukus lg 5 minit.
  6. Ulangi langkah 4-5 berselang seli. bilangan lapisan tu terpulanglah kpd tahap kesabaran masing-masing nak buka katup tutup periuk tu.. hehehehe~
  7. Dah siap kukus, sejukkan dlm peti besi sejuk. 
Note: saya xbuat sebanyak ni.. maksud sy, sy xbuat 2 adunan.. sy just bancuh 1 adunan aje.. then saya bahagi 2 adunan tu. sebahagiannya saya campurkan dgn pes neslo. sbb sy bertindak demikian adalah utk menjimatkan bahan mentah.. hehehehe~ xdelah.. periuk kukus sy kecik.. xleh buh loyang tinggi-tinggi.. tu pasailah nipis-nipis aje layer puding karamel saye.. 





saye: Ehem..ehem.. kanda..kanda.. i nak puyuk kukus seperti ni... tolonglah..
abg amdi: beli sendiri!!



1 comment: