Wednesday, January 25, 2012

Banyaknye belanja 2012...


Hati I runsing sangat lepas buat jadual perbelanjaan sepanjang tahun 2012.. haish.. walaupun dah cut sana cut sini beberapa item, tp total amaunt masih ditahap membimbangkan...huhuhuhu~ 

Memula sekali I nak berbelanja untuk diri sendiri.. ewah, selalu utk siapa? kikikki~
Oleh kerana hampir semua kain baju dah xmuat dek kerana perut dan semua²lah yang makin membesar, I wajib beli baju mengandung.. amatlah sukar I nak cari baju peknen yang murah² dan sopan santun untuk dipakai ke opis..1 helai biasanya cecah dekat RM100.00 .. xkan nak beli selai.. kerja 5hari seminggu... biasanya, baju selai tu kena lak top up dengan inner, cardigan, dll supaya nampak lebih sopan.. nak merayau terjah 2-3 tempat dlm sehari memang xmampu nak berjalan dah.. masalah sakit tulang menimpa sejak kandungan masuk usia 4bulan.. ada jg tengok² kat sopim kompleks Warta,Bangi..kebanyakannya free size..bahu lebar sangat la.. labuh sangat la.. adoii... susah jadi orang "rendang" nih.. 

Hujung bulan Februari dah kena start beli baju dan segala-gala kelengkapan utk new born baby.. baju newborn Aniq dah perturun ke Eryna.. nak perturunkan lg ke third baby memang xpatut la..baju Eryna lak yang molek² semua telah disedekahkan kepada sepupu² yang layak menerimanya.. konon² lambat lg nak peknen kan.. ha... berkat bersedekah tanpa mengharap balasan didunia, Allah swt bagi lagi rezeki anak untuk kami laki bini... dah diberi, terima jela kan...

Emmm...cadangnya sebelum gi beli, nak singgah klinik dulu..nak scan tengok jantina.. tidaklah dalam dilema nanti nak membeli pakaian warna apa yang sesuai...


Hujung Mac birthday Aniq.. dah praktis buat kek span coklat..tapi, entah larat ke tidak nak melaksanakannya sebab masa tu dah preggy 7 bulan.. nak menjemput ramai² memang xmampu nak siapkan hidangan.. nak order makan dgn caterer, lg la x mampu sediakan bajet lebih.. lebih baik jimatkan belanja untuk saat² kecemasan untuk third baby kan.. so, buat masa ni, rasanya masih lg seperti tahun² lepas.. just potong kek sesama kita.. ambik gambar kenangan sikit... cuma kalau diizinkan, nak buat diluar rumah..kat taman botani ke.. kat kompleks sukan air ke..ala-ala picnic gitu.. apapun, bergantung kepada cuaca.. Putrajaya ni sukar diramal cuacanya...

birthday aniq tema mickey mouse.. hajatnye..

Penghujung April nak kena bli peti ais.. bukan xde peti ais skrg tp demi nak menjayakan hasrat "penyusuan susu ibu secara ekslusif" terpaksa la beli peti baru.. peti sekarang 1 pintu.. tang sejuk bekunya dah rosak.. xleh nak simpan BM dalam tu dah.. Dapat duit kutu nanti bleh la jenguk² kedai barangan elektrik.. mudah-mudahan ada la peti 2 pintu yang berbaloi dan mampu milik.. ingat nak let go peti 1 pintu sedia ada tu.. bleh la tokok tambah bajet.. mesti kumpulan ibu² menyusu tertanya nape saya x beli deep freezer kan..? ntah la.. sy sendiri pun x sure nak bli x deep freezer tu.. bukan apa.. sy duk kuarters.. dapur kecik sangat.. barang yang ada sekarang pun xmuat letak.. kalau bli deep frezeer, mmmm...xkan nak letak kat ruang tamu kot.. huhuhuhuh~ apapun, sila la beri pandangan bernas anda untuk saya yg masih bingung mikirkan strategi belanja terbaik...


Penghujung Mei.. emmm.. kalau xde apa² masalah dengan kandungan dan rutin harian, nak balik bersalin kat Kota Bharu.. perbelanjaan focus kepada kos ubat-ubatan selama dalam berpantang.. kos urut dan bertungku saja RM200 untuk 10hari.. pati ikan haruan, ubat klinik lepas bersalin setiap minggu kena renew, mandian herba..dan banyak lagi perkara.. set bersalin xtahu lagi nak beli ke tak.. masa bersalinkan aniq, beli set bersalin Sendayu Tinggi (ST).. xhabis makan sebab pilnya banyak sangat dan tak tahan panas..xleh telan hari²...membazir pulak jadinya.. harga set bersalin ST tu hampir RM400 ..  tp cepat kurus masa dlm pantang.. susu badan pun banyak.. masa bersalinkan Eryna, beli set bersalin HPA pulak.. x best la.. x rasa mende.. huhuhuhu~ tp set tu murah la berbanding ST..


Herba mandian aura ni wajib ada.. xpayah susah² cari daun itu ini, herba itu ini dah.. mudah kerja kita, mak kita dan suami kita yang membantu kita... sy dah pernah cuba produk ni masa berpantang..

Penghujung Jun, belanja mestilah fokus kepada new baby kan.. top up itu ini untuk dia.. pasti tu.. kikikiik~ time ni amat penting untuk membeli serba sikit perkara² untuk menjayakan misi penyusuan secara ekslusif.. yang ada sekarang cuma breastpump.. lain² semua kena beli baru.. backpack, cooler bag, BM storage dan mcm²lah.. setakat ni, bajet minimun nak kena ada untuk beli belah bab BF tu RM300.00

 ::ulang alik ke rumah babysitter/nursery::

 ::ulang alik ke opis.. backpack paling murah yang didapati bleh buh pump ameda::
 ::icepack::

::botol susu BPA Free yang paling murah setakat survey hari ini::

Penghujung Julai.. opkos la sebok bebenor kita semua nak buat persiapan raya.. huih... nazak poket time ni.. hahahahaha~ biasa la.. janji jangan berhutang semata-mata nak bergaya di pagi raya.. kita sediakan semuanya sekadar yang termampu.. dah ler 1 Syawal birthday Eryna.. meronta-ronta jiwa ummi Eryna nak buat BBQ sambil potong kek mcm tahun lepas...hahahaha~  dan, papa kena bayar insurans WIRA beliau kalau x silap.. abisss la kita...kikiiikiki~

Musim Hello Kitty..Eryna pun terbabit sama..teruja benar dia tengok pic cake HK nih..

Penghujung September.. xde perkara spesific yang memerlukan penyediaan bajet khas.. tapi, kena menabung lebih byk dari biasa sebab... hehehehehe... penghujung Oktober kena bayar insurans VIVA pulak.. RM800 kena ada dalam tabung ku.. kalau xcukup tabung mu la jadi mangsa ku ye kanda..as usual la.. hahahaha~
Lepas bayar insuran kete VIVA, barulah boleh bernapas dengan tenang sikit... menadah tangan mengharap dapat la bonus ujung tahun nanti... 

Emmmm... camtulah putaran hidup.. bila jawatan disandang gajinya cukup² makan aje.. xleh nak salahkan sesiapa.. diri sediri juga yg salah sbb dulu byk makan semut agaknya..belajar lambat pandai jadinya...hahahaha~

moga² pintu rezeki kita semua sentiasa terbuka luas agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.. kalau x selancar seperti yang diharap, moga tabahlah hati menerimanya dan sabar menanti saat mendapat izinNya.. insyaAllah...




2 comments:

  1. memang banyak nak guna duit kan..saya pun terpaksa membatalkan hasrat untuk bt besday adriana dan ammar..jadi bt family jea dan bwk goodies pi tadika adriana jea..lain-lain belanja tue mmg tak blh nak ckp..selalu dlm keadaan membimbangkan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah Fida.. nak tumpang senang suami dlm semua hal pun kenkadang tak gamak juga.. dia lagi la byk nak bayar itu ini.. selagi kita boleh kuarkan duit sendiri, guna je duit sendiri.. biarlah dia guna duit dia tu buat kumpul harta untuk hari tua..

      Delete